Meski Terpalit Kontroversi Provokatif, ‘Hierarchy’ Duduki Tangga Teratas Ranking Populariti Netflix

Entertainment
12 Jun 2024 • 3:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Ramai nampaknya yang layan “Hierarchy”!

Menurut laman web Netflix TOP 10 pada 12 Jun, siri Netflix ‘berkenaan mencatatkan 3.5 juta tontonan dari 7-9 Jun, menduduki tempat ke-2 dalam kategori TV bukan Inggeris Netflix TOP 10.

Selain itu, selepas menduduki tempat pertama di Thailand, Indonesia, dan Vietnam, ia tersenarai dalam senarai 10 teratas di 51 negara, termasuk Korea, Brazil, Chile, Colombia, Mexico, Perancis, Nigeria, India, Hong Kong, dan Taiwan.

Meskipun terpalit pelbagai kontroversi seperti memaparkan hubungan seksual antara guru dan pelajar selain topik provokatif dalam kalangan pelajar sekolah namun “Hierarchy” nampaknya tetap popular.

image is not available

Korang dah tengok ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.