Meskipun Terlibat Dengan SUKMA, Pemain Hoki Muda Negara Raih 8A SPM

Entertainment
28 May 2024 • 5:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelbagai cerita suka dan duka di kala pelajar-pelajar menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam.

Antara yang menarik perhatian ialah kisah pelapis sukan hoki tempatan yang berjaya memperoleh 8A dalam SPM.

Azliff Syah Bin Ahmad Azuan Syahrill yang merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan pernah menyertai Kejohanan Piala Mirnawan dan peringkat kebangsaan B-16 bersama pasukan Selangor.

Menerusi Stadium Astro, dia berkongsi pelajaran adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan meskipun terpaksa membahagikan masa dengan bermain hoki.

“Kebiasaannya setiap pagi saya akan berlatih kemudiaan masuk ke kelas untuk sesi pelajaran seperti biasa. Kemudian pada petang hari akan kembali latihan.

Walaupun kebanyakan masa habis dengan latihan, tetapi semasa berada di dalam kelas dan waktu malam saya fokus pada pelajaran sahaja.

Sebelum SPM, memang saya banyak menghabiskan masa untuk solat dan berkongsi ilmu dengan kawan selain rajin bertanya kepada cikgu saya,” katanya.

Malah, Azliff berkongsi dia terpaksa mendahulukan pelajarannya meskipun terlibat dengan salah satu acara Sukan Malaysia (SUKMA).

Tahniah!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.