Meskipun Terpalit Isu Panas, Festival Bon Odori Meriah Dengan Kehadiran 50,000 Pengunjung

LocalPolitics
17 Jul 2022 • 2:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kecoh apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata Festival Bon Odori mempunyai unsur keagamaan selepas dikaji oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terbaharu, Festival Bon Odori yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Panasonic semalam dilihat berjalan lancar dan mendapat sambutan ramai apabila dihadiri lebih 50,000 pengunjung. Difahamkan, orang ramai mula memenuhi kawasan kompleks itu sekitar jam 4 petang.

image is not available

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad, kehadiran pengunjung festival kali ke-46 itu merekodkan peningkatan berbanding kali terakhir pada tahun 2019. Difahamkan, jumlah pengunjung sebelum ini sekitar 40,000 orang.

“Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar selepas program itu tertangguh akibat pandemik Covid-19 lebih dua tahun lalu.

“Jumlah terakhir pengunjung sebelum ini lebih 40,000 orang dan ia meningkat lebih 50,000 iaitu paling ramai setakat ini,” ucap beliau kepada sumber.

Untuk rekod, sebelum ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar pihak tertentu terutamanya ahli politik agar tidak menggunakan isu sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi tanpa membuat kajian selidik.

Sebelum ini juga, Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dititahkan agar tidak mengambil pendirian dan menyekat festival itu.

Kredit: Kosmo

image is not available

Sumber: The Star

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.