Mesra Macam Teman Lama, Aksi Suap Burung Gagak Di Kedai Mamak Raih Perhatian Warganet

Entertainment
21 Oct 2023 • 2:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda seorang peminat Anime pasti anda tahu mengenai Naruto. Kisah seorang kanak-kanak lelaki yang ingin menjadi penyelamat kampungnya dari musuh.

Baru-baru ini tular satu kejadian, seorang lelaki menyuap makanan pada seekor burung Gagak seakan seperti dalam anime Naruto dimana terdapat satu watak Uchiha Itachi yang mempunyai kuasa Genjutsu.

Tindakan lelaki itu menyuap makanan pada gagak itu meraih perhatian warganet yang beranggapan peristiwa itu pelik dan sukar terjadi.

Video berkenaan menjadi tular dikongsikan akuan TikTok @asyrafnyzami dan mendapat 247,700 tontonan.

Rata-rata komen menganggap lelaki itu bertuah kerana bukan senang untuk seeokor gagak makan bersuap dengannya.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available

“Aku minat gila dgn burung gagak ni, cerdik + cantik + ada aura misteri.

“Jaga2. Gagak tu ada mara shisui.

“Ni rakyat konoha ke,” antara komen warganet diruangan komen.

Siapa menjangkakan salah satu watak dalam anime itu benar wujud di Malaysia.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.