Mesra Pelancong! MyRapid PULSE Dilancarkan – Ada Ganjaran, Akses Tempat Menarik

LocalTravel
2 May 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengguna pengangkutan awam kini boleh memanfaatkan pelbagai ciri baharu melalui aplikasi perancang perjalanan, MyRapid PULSE terbaru yang telah dilancarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad, menggantikan versi lama yang telah ditamatkan secara rasmi.

Sokong Pelancongan

Pengenalan aplikasi ini seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan sektor pelancongan negara melalui kemudahan sistem pengangkutan awam yang lebih efisien dan mesra pelawat, terutamanya pelancong luar negara.

Antara ciri utama aplikasi ini ialah fungsi perancang perjalanan interaktif yang lebih intuitif dan mesra pengguna, serta fungsi baharu dinamakan ‘Explore City’ (Jelajah Bandar), yang membolehkan pengguna mengenal pasti lokasi menarik di sekitar Lembah Klang berdasarkan kategori seperti tempat pelancongan, mercu tanda ikonik dan banyak lagi.

Sesuai Dengan Gaya Hidup Moden

image is not available

MyRapid PULSE versi baharu turut direka selari dengan gaya hidup masa kini yang menekankan elemen kesalinghubungan, penerokaan bandar, ganjaran gaya hidup dan kemudahan harian.

Aplikasi ini bukan sekadar alat navigasi, malah menjadi rakan digital harian untuk pengguna yang kerap ulang-alik atau mereka yang gemar meneroka destinasi bandar baharu menggunakan pengangkutan awam.

Tawaran Eksklusif dan Ganjaran Berbaloi

Satu lagi tarikan utama aplikasi ini ialah ciri ‘Ganjaran dan Promosi’ yang memberikan kelebihan kepada pengguna berdaftar. Melalui kerjasama dengan pelbagai jenama runcit dan gaya hidup, pengguna boleh menikmati diskaun istimewa, promosi terhad dan tawaran eksklusif di lokasi-lokasi terpilih.

Muat Turun di Google Play Store dan Apple Store

image is not available

Prasarana menggalakkan semua pengguna untuk memuat turun aplikasi baharu ini menerusi Google Play Store dan Apple App Store bagi merasai pengalaman perancangan perjalanan yang lebih cekap, menyeronokkan dan interaktif.

Selaras dengan slogan, “Memajukan Mobiliti, Memperkaya Pengalaman”, aplikasi ini dibangunkan untuk membantu pelancong serta pengguna kali pertama merancang perjalanan mereka dengan lebih lancar dari satu lokasi ke lokasi lain.