Prasarana Perkenalkan Kemaskini MyRapid PULSE Dengan Ciri Baharu Lebih Mesra Pengguna

TechnologyDigital
2 May 2025 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Prasarana Malaysia Berhad melancarkan aplikasi perjalanan baharu iaitu MyRapid PULSE sebagai pengganti versi lama yang dihentikan sepenuhnya mulai 1 Mei 2025. Ia bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna pengangkutan awam serta memperkukuhkan inisiatif mobiliti negara dan industri pelancongan.

image is not available

Antara ciri utama MyRapid Pulse termasuk sistem navigasi perjalanan yang lebih mesra pengguna, cadangan lokasi menarik serta program ganjaran dan promosi eksklusif. Semakan kami mendapati antaramuka kini lebih menarik dan mesra pengguna. Terdapat peta lengkap untuk LRT, MRT dan MRL, di samping tab Shops yang memaparkan pas diskaun menarik bagi perkhidmatan di bawah Rapid.

image is not available

Selain itu, terdapat juga fungsi Rapid On Demand untuk mencari van, serta tab Lifestyle bagi perkongsian pengalaman, melawat bandar (Explore City), dan pilihan jenis tambang sama ada token, tunai, atau konsesi. Pengguna turut boleh memilih mod gelap (Dark Mode), serta menetapkan kebenaran (Permission) untuk lokasi dan pemberitahuan push up melalui ruangan profil pengguna. Pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini melalui Google Play Store dan Apple App Store bagi memanfaatkan kelebihannya.