Messenger.com Dan Aplikasi Desktop Facebook Messenger Akan Ditutup Pada April Ini

TechnologyDigital
19 Feb 2026 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Perkhidmatan permesejan Facebook Messenger merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna Facebook untuk menghantar mesej kepada rakan-rakan dan juga pelbagai laman Facebook untuk perhubungan yang cepat dan mudah.

Ia digunakan dengan cukup meluas sehingga Facebook sebelum ini telah memperkenalkan laman web Messenger.com dan juga perisian tunggal desktop Facebook Messenger. Kini, Meta telah mengesahkan bahawa kedua-dua platform ini akan dihentikan penggunaannya bermula April 2026.

image is not available

Melalui hantaran baru ini, Meta mengatakan bahawa perkhidmatan Messenger boleh terus digunakan melalui menu chatbox Messenger pada laman web Facebook dan juga aplikasi mudah-alih Messenger yang dilihat popular digunakan, dan merupakan cara utama para pengguna Facebook menggunakan perkhidmatan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved