Meta Perkenal Manus Agents Melalui Aplikasi Permesejan Telegram

TechnologyDigital
17 Feb 2026 • 6:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta telah pun sedia mengambil-alih perkhidmatan kecerdasan buatan Manus sebelum ini, dan kini ia dilihat Manus bergerak pantas dalam memperluaskan perkhidmatan mereka, serta menambah ciri-ciri baharu. Terbaru, mereka menambah sokongan integrasi Manus Agents melalui aplikasi permesejan Telegram.

image is not available

Dengan langkah ini, anda boleh melakukan sejumlah tugasan termasuk pertanyaan daripada aplikasi Telegram yang digunakan harian. Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke Manus, dan pilih tab Agents. Di sana, anda boleh terus menghubungkan Manus ke Telegram.

AI berejen Manus ini boleh melakukan sejumlah perkara, termasuk menghantar semua dokumen untuk ia memproses, melakukan penyuntingan, mempersiapkan fail pembentangan, menganalisa dokumen, dan sebagainya. Integrasi pada Telegram menawarkan akses penuh keupayaan Manus, termasuk sokongan penaakulannya.

image is not available

Manus menyatakan mereka akan menawarkan sokongan sama ke WhatsApp, Messenger dan Line tidak lama lagi. Bagi anda yang menggunakan Manus, boleh mencuba integrasi ke Telegram ini hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved