Messi pilih Perancis, Brazil calon juara Piala Dunia

Football
19 Oct 2022 • 11:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Messi

KAPTEN Argentina, Lionel Messi memilih Brazil dan Perancis sebagai calon untuk menjuarai Piala Dunia Qatar 2022.

Menurutnya, kedua-dua pasukan itu memiliki pemain yang mengagumkan selain sudah beraksi bersama sejak sekian lama.

“Kita selalu memperkatakan kesemua pasukan yang bertanding adalah sama hebat. Bagaimanapun sekiranya saya perlu memilih, Brazil dan Perancis adalah dua calon hebat untuk memenangi Piala Dunia.

“Mereka mempunyai kumpulan (pemain) yang sama untuk tempoh yang lama. Perancis, selain daripada Euro terakhir yang menyaksikan mereka tersingkir (di pusingan 16 terakhir), mereka mempunyai beberapa pemain yang mengagumkan.

"Mereka mempunyai idea yang jelas dan jurulatih yang sama (Didier Deschamps). Brazil juga sama (di bawah Tite)," kata Messi.

Dalam pada itu, Messi akui dia sedikit risau sekiranya mengalami kecederaan di saat-saat akhir seperti yang terpaksa dihadapi oleh rakan senegaranya.

Justeru, beliau akan cuba meminimumkan risiko kecederaan dengan bermain seperti biasa dan memperagakan corak permainan yang sering dia pamerkan.

"Kecederaan menjadi satu kebimbangan. Ini Piala Dunia yang agak berbeza kerana dilangsungkan pada waktu berbeza berbanding kejohanan sebelumnya dan kerana ia semakin hampir, sesuatu yang buruk berlaku terhadap anda mungkin menyebabkan anda terpaksa diketepikan.

"Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah bermain seperti biasa dan memperagakan corak permainan yang anda sering pamerkan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved