“Mesti Ada Salah Faham..” – Choi Taejoon Kali Pertama Kongsi Kehidupan Suami Isteri Bersama Park Shinhye

EntertainmentLifestyle
3 Oct 2024 • 12:17 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Cepat betul masa berlalu, Choi Tae-joon dan Park Shin-hye pun dah jadi mak ayah kepada seorang anak mereka kini.

Terbaru, Choi Tae-joon telah tampil sebagai tetamu dalam program MBC “Radio Star”, di mana dia kali pertama menceritakan tentang kehidupan perkahwinannya dengan Park Shin-hye.

Pada awalnya, lelaki itu meluahkan perasaannya setiap kali dia perlu bercakap tentang isterinya di umum,

Setiap kali topik mengenai isteri saya timbul, saya tak tahu apa yang harus saya katakan. Ini adalah kali pertama saya bercakap mengenainya seperti ini. Saya sangat gementar.

image is not available

Sambung Choi Tae-joon dengan mendedahkan bahawa mereka biasanya tidak bercakap tentang kerja masing-masing,

Kami tak cakap tentang kerja. Di rumah, kami kebanyakannya bercakap tentang hal rumah tangga. Contohnya macam memberi nasihat yang kadangkala dengar seperti membebel. Kami banyak berborak tentang perkara harian.

Jelasnya lagi,

Ini kali pertama saya cakap tentang isteri saya di luar tetapi sudah tentu, kami ada perselisihan faham. Dengan orang yang rapat, saya cenderung untuk jadi terus jujur sahaja tanpa berlapis.

Semoga mereka sentiasa bahagia bersama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.