“Mesti dia tercari-cari” – Tangisan Bayi Kehilangan Ibu Bapa Dalam Kemalangan Buat Netizen Sayu

LocalFamily & Parenting
19 Nov 2025 • 3:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Siapa menduga perjalanan sepasang suami isteri bersama bayi mereka, Nur Laylaa Batrysha yang berusia enam bulan, berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya terkorban dalam sebuah kemalangan.

Dalam kejadian di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi itu, kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan ngeri, mengakibatkan kematian ibu bapa bayi berkenaan, Nur Fatihah Othman, 28, dan suaminya, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24.

Laylaa bagaimanapun terselamat kerana diletakkan dalam tempat duduk bayi di bahagian belakang kenderaan.

Terbaru, waris kepada arwah telah memuat naik satu video di TikTok menerusi akaun @HotLatte memaparkan Laylaa yang menangis teresak-esak serta merengek dan cuba ditenangkan oleh ahli keluarganya.

@pelangipetang1211

_Allahuakhbar

image is not available
image is not availableimage is not availablekuat yer dik…

♬ original sound – image is not availableHot Lattë – image is not availableHot Lattë

“Dalam sekelip mata, Baby Laylaa jadi anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya pergi dijemput Ilahi selepas kemalangan.

Hanya Allah tahu peritnya ujian ini untuk si kecil, moga hidupnya terus dalam rahmat dan kasih sayang,” tulisnya di kapsyen.

Rata-rata netizen berasa sayu dan sedih menonton hantaran tersebut, ramai yang bersimpati dengan bayi yang baru berusia 6 bulan itu kerana menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata.

image is not available

Sebagai info, jenazah pasangan tersebut disemadikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Gugusan Waha malam tadi, dalam suasana penuh pilu dengan tangisan keluarga yang masih terkejut dengan pemergian mereka.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.