“Mesti SPM Semua G Ni” – Netizen Kecam Individu Dakwa SPM Sebagai Agenda Yahudi

30 May 2024 • 6:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seperti yang kita semua tahu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan dan ramai pelajar peroleh keputusan yang cemerlang tapi ada juga yang dengki pula dengan pencapaian ni.

Menerusi hantaran yang tular di TikTok, seorang individu dikecam teruk selepas menyalahkan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah kerana dikatakan menjadi punca mereka membelakangi hukum-hukum Allah.

Tak cukup dengan itu je, dia juga mengatakan segala sijil yang dimiliki oleh pelajar adalah agenda Yahudi yang tak patut kita ikuti.

Pelajar cemerlang satu bentuk d*jjal angkat manusia sebagai ‘Tuhan’ yang disembah.

Sistem pendidikan ini akan mengangkat kehebatan-kehebatan manusia yang dipanggil ideologi (maksud ideologi adalah ‘Aku Tuhan’ .

Katanya sekolah yang dibina adalah untuk melahirkan pekerja kepada d*jjal bukannya pemikir.

image is not available

Berang dengan maklumat yang merepek ini, netizen mula membidas hal yang dikongsikan itu dan merasakan pemahamannya terlalu sesat.

image is not available

image is not available

Itulah orang kata jangan berangan masa belajar, kan dah sesat sampai macam ni. Tanpa sekolah, kita takkan ada semua kesenangan macam sekarang ni. Semoga abang kembali ke jalan yang benar lah ye.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.