“Tahniah bang!” – Reaksi Pelajar Terkejut Dapat ‘Straight A’ SPM Raih Perhatian, Satu Dewan Bersorak

Entertainment
30 May 2024 • 11:02 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

‘Demam’ kemeriahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ternyata belum berakhir. Sejak ianya diumumkan beberapa hari lepas, media sosial kita dibanjiri dengan pelbagai video reaksi para pelajar, guru dan ibu bapa yang gembira selepas melihat keputusan cemerlang.

Terkejut dapat straight A!

Satu video yang dimuat naik oleh seorang guru dari Sekolah Sains Tuanku Munawir (SASER) telah mendapat perhatian netizen apabila seorang pelajar terkejut sebaik sahaja melihat keputusan straight A yang diperoleh dalam peperiksaan itu.

Pelajar lelaki itu menjerit “Straight A” lalu menangis dan memeluk ibunya kerana terlalu gembira dengan kejayaan tersebut. Mendengar jeritan kegembiraan itu, semua orang di dalam dewan berkenaan bersorak kepada pelajar tersebut.

Jeritan kegembiraan. All the hard work paid off! – kapsyen video

Kemudian, dia melakukan sujud syukur sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada Allah kerana telah menghadiahkan keputusan cemerlang yang tidak disangkakan. Tidak lupa kepada si ayah yang banyak berkorban, pelajar itu terus memeluk bapanya sambil menangis.

‘Tercampak’ fail keputusan SPM

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat situasi di dalam video tersebut. Ketika pelajar itu memeluk ibunya, rupa-rupanya dia ‘tercampak’ juga fail keputusan SPM yang sedang dipegang.

image is not available image is not available

Selain itu, ada yang sedih dan terharu melihat video itu kerana bapa pelajar berkenaan turut mengalirkan air mata selepas mengetahui tentang kejayaan anaknya.

image is not available

Ada juga beberapa bakal calon SPM untuk tahun seterusnya meminta doa orang ramai agar mereka memperoleh keputusan cemerlang.

image is not available image is not available

Banyak betul benda terjadi dalam satu video. Apapun, tahniah bang!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.