“Mesti tengah tahan sakit” – Netizen Bengang Tengok Keadaan Oyen Dipercayai Dipanah, Mahu Pelaku Segera Ditangkap

Entertainment
6 Aug 2022 • 10:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seekor kucing ditemui dalam keadaan cedera dipercayai akibat telah dipanah oleh orang yang tidak bertanggungjawab di Puchong baru-baru ini. Kucing berwarna oren itu ditemui dengan sebatang anak panah tertusuk di belakang badannya dan mengalami kecederaan di bahagian tengkuk serta perlu dirawat secepat mungkin.

Menurut laporan Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) di Facebook, mereka telah menerima aduan tersebut yang dikatakan berlaku di sebuah taman di Pusat Bandar Puchong.

image is not availableimage is not available

image is not available

 

Mesti tengah tahan sakit

Rata-rata netizen yang memberi komen pada hantaran Facebook itu bengang dengan tindakan individu yang melakukan perbuatan itu. Namun setakat artikel ini ditulis, masih tiada tangkapan yang dilakukan kepada pelaku.

image is not available

Harap pihak polis dapat cari pelaku yang tak bertanggungjawab ni. Kenapa lah dipanahnya kucing tu. Geram weh.

image is not available

Agak-agak lah kan panah kucing. Entah apa yang Si Oyen ni buat sampai kena panah macam tu. Kesian tengok Oyen tu, mesti tengah tahan sakit tu.

image is not available

Kejam… min pun bengang tengok Oyen tu kena panah. Harap pihak berkuasa dapat cari pelaku dan dikenakan denda dan hukuman yang setimpal.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.