
Mesut Ozil Luah Rasa Seronok Kunjungi Malaysia, "Rakyat Hebat & Makanan Lazat"
Bekas bintang bola sepak Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil meluahkan rasa teruja apabila dapat berkunjung ke Malaysia.
Menerusi perkongsian ringkas di media sosial miliknya, Ozil berkata ini merupakan kunjungan pertamanya ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.
Mesut Ozil seronok datang Malaysia
"Satu pengalaman yang amat menyeronokkan dapat melawat Malaysia bersama Bilal Erdogan.
"Ini merupakan lawatan pertama saya ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.
"Program yang diadakan banyak memberi inpirasi," katanya.

Ozil berkata, dia dapat bertemu dengan rakyat Malaysia yang hebat, serta menikmati makanan yang lazat.
"Terima kasih Malaysia," katanya.
Baca juga:
“Skill” Mesut Özil Curi Tumpuan Peminat Bola Sepak Di USM
Bukan Alphard, Zambry Abd Kadir Selamba Bawa Mesut Özil Naik 'King' Myvi
Mesut Ozil Jumpa Peminat Di Pulau Pinang, Kongsi Gemar Makanan Pedas
Ozil berada di Malaysia sejak Ahad lepas bagi menghadiri beberapa program di ibu negara serta di Pulau Pinang sempena Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama Malaysia-Turkiye berkaitan pendidikan tinggi.
Beliau juga menghadiri Klinik Bola Sepak bersama Mesut Ozil di Perak, pada Khamis.

Ketika di Pulau Pinang, Ozil mengadakan ‘Meet and Greet with Fan Club’ di Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM).
Lebih 500 peminat bola sepak teruja apabila berpeluang bertemu dengan bintang bola sepak terkenal itu.
Kehadiran bekas pemain Arsenal FC dan Real Madrid CF itu disambut meriah dengan sorakan peminat yang setia menanti meskipun dalam cuaca panas, semata-mata untuk melihat idola mereka dari dekat.



