Mesut Ozil Gegar USM! Suka Makanan Pedas & Berkuah, Idam Buka Akademi Bola Sepak

LocalFootball
29 Apr 2026 • 8:59 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang berada di Malaysia.

Bekas pemain tengah Jerman itu berkata, sajian berkuah dan berempah antara yang paling menepati seleranya, malah beliau teruja untuk menikmati kepelbagaian makanan di Pulau Pinang yang terkenal sebagai syurga kulinari.

image is not available image is not available

“Terdapat banyak gerai makanan di Pulau Pinang yang penuh dengan rempah. Saya diberitahu banyak makanan sedap di sini. Saya perlu cuba. Saya memang suka makanan pedas dan berkuah.
“Sebenarnya saya sudah mencuba beberapa makanan Malaysia dan menyukainya,” katanya pada sesi ramah mesra yang dikendalikan pengulas sukan tersohor negara, Zainal Abidin Abdul Rawop di Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.

image is not available

Sesi santai itu turut disertai kira-kira 500 peserta menerusi program ramah mesra dan klinik bola sepak, yang dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalannya Adam Adli Abdul Halim serta Naib Canselor USM, Prof Datuk Seri Dr Abdul Rahman Mohamed.

Dalam perkembangan sama, Ozil, 37, berkongsi hasrat untuk membuka akademi bola sepak di Istanbul, Turkiye sebagai usaha memperkasa pembangunan bakat muda di peringkat akar umbi.

image is not available

Tonggak penting yang membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014 di Brazil itu berkata, fokusnya kini beralih daripada karier profesional kepada usaha membimbing generasi muda.

“Insya-Allah, saya akan membuka akademi di Istanbul. Matlamat saya sekarang adalah membantu golongan muda. Saya tidak mahu lagi berada dalam dunia bola sepak profesional kerana ia memerlukan saya melakukan banyak perjalanan.

image is not available

“Saya mempunyai tiga orang anak dan mahu meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Jadi matlamat saya sekarang adalah membantu anak muda mencapai cita-cita mereka,” katanya.
Sumber: BERNAMA

The post Mesut Ozil Gegar USM! Suka Makanan Pedas & Berkuah, Idam Buka Akademi Bola Sepak appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved