Mesyuarat Bincang PRU Bersama Top 5 UMNO Ditangguh

Politics
14 Sep 2022 • 11:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ismail Sabri sedang menanti tarikh baharu yang akan diumumkan Setiausaha Agung UMNO. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Mesyuarat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini ditangguhkan.

Perkara itu didedahkan Perdana Menteri sendiri di sini malam ini, sambil memberitahu, beliau sedang menanti tarikh baharu yang akan diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Sepatutnya Sabtu ini ada mesyuarat khas tetapi ia ditangguhkan, jadi kami sedang menanti tarikh baharu dan ia alan diumumkan Setiausaha Agung kelak,” katanya.

Kelima-lima pemimpin tertinggi itu ialah Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, dan tiga Naib Presiden; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid, serta Ismail Sabri sendiri. - The Vibes, 14 September 2022