“PM Yang Bersara Tak Kacau Hal Orang Lain” – Masih Tersenyum Walaupun Sakit, Rakyat Sebak Lihat Keadaan Pak Lah

Politics
14 Sep 2022 • 4:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi dikhabarkan menghidap demensia sehingga tidak lagi mengingati namanya, isteri serta ahli keluarga lain.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu kepada Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah.

Baru-baru ini, sebuah video memaparkan keadaan terkini Pak Lah yang dimuat naik oleh personaliti TV, Ahmad Fadtri Yahya telah tular di laman Facebook.

Semoga kesembuhan dan damai kembali ke jasad dan sanubari Pak Lah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat Pak Lah yang tersenyum mesra berjalan di kawasan taman sambil dipimpin oleh isterinya, Jeanne Abdullah.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah menerima 294K tontonan, 18K tanda suka, dan 679 komen di laman Facebook.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan rasa sebak melihat keadaan terkini Pak Lah yang masih boleh tersenyum walaupun diuji dengan kesakitan dan mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan seperti sedia kala.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

“Dah Tak Ingat Nama Sendiri, Anak-Anak” - KJ Maklum Pak Lah Hidap Demensia, Kesihatan Makin Merosot