Mesyuarat Khas MKT UMNO Diadakan 30 September

Politics
16 Sep 2022 • 2:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mesyuarat Khas MT UMNO itu ditangguhkan berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terbabit dengan acara perasmian SUKMA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, malam esok. - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang sepatutnya diadakan malam esok, dijadualkan semula pada 30 September ini. 

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi kenyataan hari ini. 

Menurutnya, penangguhan mesyuarat itu adalah susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terlibat dengan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. 

“Tarikh baharu mesyuarat ialah pada Jumaat 30 September jam 8 malam, yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO,” katanya. 

Bagaimanapun, Ahmad tidak memperincikan berhubung agenda mesyuarat terbabit. 

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dilaporkan berkata, pertemuan lima kepimpinan tertinggi parti menerusi mesyuarat bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan dalam masa terdekat.

Ismail Sabri memberitahu, mesyuarat itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan. - Getaran, 16 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved