Mesyuarat Khas MKT UMNO ditangguh 30 September

Politics
16 Sep 2022 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 September ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Mesyuarat Khas MKT UMNO itu ditangguhkan berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO terbabit dengan acara perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, malam esok.

"Tarikh baru mesyuarat ialah pada hari Jumaat 30 September, 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Jumaat.

Ahmad menerusi hantaran sama turut memaklumkan bahawa pimpinan UMNO dijemput untuk menghadiri Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Malaysia yang bermula 2 petang esok, di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur. - Bernama