RM44 juta bagi Sabah peruntukan terbesar Kementerian Kesihatan Malaysia

LocalHealth & Fitness
20 Jun 2025 • 11:17 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Garry Lewis

TAMBUNAN: Sabah mencatat sejarah apabila menerima peruntukan terbesar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pembangunan fasiliti kesihatan, melibatkan hampir RM44 juta.

Peruntukan ini membabitkan pelaksanaan 55 projek naik taraf dan pembinaan semula fasiliti kesihatan daif di seluruh negeri, termasuk 43 projek meroboh dan membina semula klinik baharu serta 12 projek naik taraf yang sedang giat dilaksanakan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, usaha ini merupakan komitmen kerajaan untuk merapatkan jurang akses kesihatan antara Sabah dengan negeri lain di Semenanjung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kerajaan amat serius memastikan rakyat Sabah mendapat akses kesihatan yang berkualiti dan setaraf dengan negeri lain,” katanya kepada media selepas merasmikan bangunan baharu Klinik Kesihatan Sunsuron di sini, Rabu lepas.

Menurut beliau, klinik yang baru dibina itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 8,000 penduduk setempat. Klinik ini menyediakan pelbagai perkhidmatan penting termasuk rawatan pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, farmasi, makmal tibi dan malaria serta program kesihatan lanjutan.

Beliau turut menyeru masyarakat setempat untuk menjadikan klinik tersebut sebagai pusat rujukan utama dalam mendapatkan rawatan, maklumat kesihatan serta menjalani saringan awal penyakit.

Dalam lawatan kerja itu, Lukanisman turut meninjau kemudahan kesihatan di Hospital Tambunan, Klinik Kesihatan Bulu Silau dan Klinik Kesihatan Merampok sebagai sebahagian usaha memperkukuh sistem perkhidmatan kesihatan luar bandar.