Mesyuarat MT UMNO, Dipercayai Bincang PRU-15 Bermula 

Politics
30 Sep 2022 • 9:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin tiba di Menara Dato Onn untuk menghadiri mesyuarat MT UMNO, malam ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipercayai bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bermula kira-kira 9 malam ini di Menara Dato Onn.

Mesyuarat itu dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selain dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO bersama seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Terdahulu, lima pemimpin tertinggi UMNO itu mengadakan perjumpaan di sini sebelum menyertai mesyuarat khas itu.

Sejurus mesyuarat 'top 5' itu selesai, Mohamad menerusi hantaran di Facebooknya berkata pertemuan yang berlangsung sejak tengah hari tadi berjalan baik selain berjaya mencapai kesepakatan untuk kebaikan parti bergerak ke hadapan.

Antara ahli MT UMNO yang hadir ialah Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong). - Bernama