Mesyuarat Pertama Gagasan Bola Sepak Borneo Telah Diadakan Di Kuching

27 Apr 2024 • 5:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mesyuarat pertama cadangan pembentukan Gagasan Bola Sepak Borneo

Mesyuarat Pertama Gagasan Bola Sepak Borneo Telah Diadakan Di Kuching. Dipetik dari perkongsian FA of Sarawak di Facebook, mesyuarat pertama cadangan pembentukkan Gagasan Bola Sepak Borneo telah diadakan di Kuching pada hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, dikatakan bahawa mesyuarat telah dihadiri wakil-wakil dari KALBAR, FA Brunei, FA Sabah serta FA Sarawak.

image is not available
Mesyuarat Pertama Gagasan Bola Sepak Borneo Telah Diadakan Di Kuching. Sumber gambar: FA of Sarawak

Intipati mesyuarat termasuk

Antara intipati mesyuarat berkenaan adalah termasuk setiap FA yang terlibat telah diminta untuk membuat keputusan rasmi berkaitan dengan usul seperti menerima serta menyokong pembentukkan Gagasan Bola Sepak Borneo dan menjadi ahli dalam gagasan berkenaan.

Selain itu, turut dibincangkan juga agar FA Sarawak boleh diberikan mandat untuk menjadi sekretariat sementara Gagasan Bola Sepak Borneo bagi tujuan pendaftaran dan penyediaan dokumen-dokumen perundangan sekiranya usul pertama diterima.

Perkara ini kemudiannya mendapat sambutan yang baik daripada netizen yang rata-ratanya menyokong pembentukan Gagasan Bola Sepak Borneo.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: