Met Malaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Bahaya Di Sarawak

27 Feb 2023 • 9:00 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan lebat berterusan peringkat bahaya di Sarawak.

Met Malaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Bahaya Di Sarawak. Malam semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran hujan berterusan (Bahaya) yang dijangka berlaku di Sarawak.

Antara kawasan yang dijangka akan berlakunya hujan sangat lebat (Bahaya) secara berterusan termasuk Kuching, Serian dan juga Samarahan sehingga Isnin 27 Februari 2023.

image is not available
Met Malaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Berterusan Peringkat Bahaya Di Sarawak

Hujan lebat berterusan (Buruk)

Di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Tatau dan Bintulu pula, sehingga Isnin, hujan lebat (Buruk) dijangka akan berterusan sehingga Isnin, 27 Februari 2023.

Menurut Met Malaysia, Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

image is not available
Sumber foto: FB Met Malaysia

Laporan ini telah dikeluarkan oleh Met Malaysia pada jam 10.30 malam, semalam bersamaan dengan 26 Februari 2023.

Oleh deminkian, diharap agar anda di luar sana sentiasa berwaspada dan berhati-hati terutamanya bagi yang memandu di dalam keadaan hujan lebat. Sentiasa ingat, biar lambat, asalkan selamat.

Lagi berita terkini buat anda di sini: