Meta AI Dikembangkan Ke 41 Negara Lagi, Malaysia Masih Dikecualikan

TechnologyDigital
21 Mar 2025 • 12:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta AI Diperkenalkan pada tahun 2023 dan sehingga hari ini ia masih belum tiba ke semua negara lagi. Walau bagaimanapun, Meta telah berjanji yang teknologi kecerdasan buatan mereka ini akan boleh diakses oleh semua pengguna secara berperingkat. Terbaru, Meta AI telah diaktifkan kepada 41 negara lagi.

image is not available

Untuk minggu ini, 41 negara yang menerima akses Meta AI adalah negara-negara Eropah. Meta bangga yang ciri ini berjaya ditawarkan selepas berbulan tersangkut dalam proses kelulusan rumit kerana undang-undangan EU yang kompleks. Meta AI di EU akan menyokong 6 bahasa yang boleh diakses pada Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger.

Disebabkan Meta AI tiada aplikasi tersendiri, di dalam mana-mana ruangan pemesejan platform Meta – AI ini boleh diseru dengan @MetaAI. Meta AI turut akan muncul dalam bentuk FAB (butang aksi terapung) di WhatsApp. Untuk pengguna kaca mata Ray-Ban Meta, sokongan Meta AI mungkin boleh didapatkan. Buat masa ini, Meta masih belum mengumumkan kehadiran Meta AI di Malaysia walaupun mereka telah mengesahkan ia akan tiba sejak Oktober 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved