Meta Ai Kini Boleh Diakses Di Malaysia Menerusi Laman Web

LocalTechnology
6 Nov 2025 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Oktober tahun lalu, pembantu maya Meta AI dilancarkan dengan ia boleh diakses menerusi aplikasi Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp serta laman web di beberapa negara terpilih. Pagi ini akhirnya laman web Meta.AI boleh diakses pengguna di Malaysia namun perkhidmatan yang sama masih belum boleh diakses menerusi aplikasi-aplikasi Meta.

image is not available

Menerusi laman web ini, pengguna boleh berborak dengan pembantu maya, menjana video, menjana gambar dan melihat video Vibes yang dijana oleh pengguna-pengguna lain. Bagi mereka yang sudah memuat turun aplikasi Meta AI di telefon, kandungan yang dijana di web juga kini boleh diakses menerusi aplikasi yang sama,

Meta AI diintegrasikan terus melalui sejumlah aplikasi d bawah Meta, termasuk Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger. Pengguna hanya perlu mengaksesnya melalui ikon Meta AI pada aplikasi, atau turut boleh menaip “@Meta AI” pada sebarang perbualan dalam mengaktifkannya. Semua ciri ini seperti yang kami nyatakan di atas masih belum diaktifkan kepada pengguna di Malaysia semasa artikel ditulis. Ia mungkin akan diaktifkan dalam masa terdekat.