Kongsi Video Kaunter KK Tiada Staf Ketika ‘Lunch Break’, Staf Persoal Motif Nadzmi Adhwa

LocalEntertainment
5 Nov 2025 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Satu hantaran yang dimuat naik pelakon Nadzmi Adhwa di laman Threads mengundang perhatian ramai berhubung kenyataannya ketika mengunjungi sebuah Klinik Kesihatan (KK) di Selangor, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang telah dipadam namun sempat dimuat naik pengguna lain, dia menulis ‘kaunter ada lima semua tutup. Oh tengah lunch rupanya’ dengan turut berkongsi video suasana di kaunter KK berkenaan.

image is not available

Video yang dikongsikan itu memaparkan setiap kaunter di sana lengang tanpa dijaga kakitangan klinik.

 

View on Threads

 

Staf tegur motif video

Bagaimanapun, hantaran terbabit mengundang reaksi kurang senang orang ramai tentang motif sebenar menyebarkan perkara itu yang diketahui perkhidmatan kerajaan mempunyai waktu rehat.

Tindakan Nadzmi juga turut dipersoal beberapa kakitangan di sana yang tampil menuntut penjelasan daripada aktor terbabit.

Seorang pegawai perubatan meluahkan kekecewaan dengan hantaran Nadzmi dan menjelaskan pihak mereka tidak pernah menolak sebarang kes kecemasan tidak kira waktu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, netizen turut menasihati pelakon terbabit supaya bertimbang rasa dengan para petugas yang mahu berehat sebentar selepas melaksanakan tanggungjawab tanpa henti.

Setakat artikel ini ditulis, tiada penjelasan lanjut dimuat naik oleh pelakon terbabit.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.