Meta Batalkan Hasrat Menghentikan Mod VR Horizons Worlds

TechnologyGaming
20 Mar 2026 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari lalu Meta mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan mengakses Horizon Worlds menggunakan set kepala Meta Quest. Ini menyebabkan mod VR permua metamesta ini terkubur dengan ia hanya boleh diakses pada skrin peranti Android dan iOS secara dua dimensi sahaja.

image is not available

Tetapi selepas dua hari, CTO Meta Andrew Bosworth kini mengatakan rancangan menghentikan mod VR Horizon Worlds pada 15 Jun 2026 kini tidak lagi diteruskan dalam sesi AMA di Instagram. Menurut beliau ini adalah selepas mendengar maklum balas pengguna yang ingin terus mengakses Horizon Worlds dalam mod VR. Pada masa yang sama, Meta buat masa ini tidak merancang untuk membangunkan lebih banyak permainan Horizon World untuk VR.

Selama mana mod VR ini akan disokong akan menjadi misteri kerana Meta telahpun menutup studio pembangunan permainan VR untuk Meta Quest. Ribuan pekerja telah dibuang bagi memberikan tumpuan kepada kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan platform cermin mata pintar.

Pembatalan hasrat menghentikan mod VR ini dilihat sebagai mengurangkan impak negatif terhadap Meta yang membelanjakan puluhan bilion Dollar sejak lima tahun lalu ke dalam dunia metamesta hanya untuk melihatnya gagal.