Meta dan Anduril Membangunkan Set Kepala EagleEye Untuk Kegunaan Tentera

TechnologyDigital
30 May 2025 • 7:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula dengan platform media sosial untuk mengeratkan hubungan di kampus universiti, Meta kini sudah berevolusi menjadi gergasi platform pemesejan dan perkongsian gambar menerusi pengambilalihan WhatsApp dan Instagram. Seperti Majin Buu, Meta akan terus berubah bagi mencapai sosok akhir yang lebih berkuasa. Pagi ini mereka mengumumkan pula kerjasama dengan Anduril bagi membangunkan set kepala XR EagleEye bagi kegunaan tentera.

image is not available
IVAS

Februari lalu Anduril mengambil alih projek set kepala IVAS untuk tentera Amerika daripada Microsoft. EagleEye ialah kesinambungan kepada projek ini dengan Meta akan menggunakan kepakaran AI dan realiti terimbuh (AR) bagi menyokong kelengkapan yang bakal digunakan anggota infantri di medan perang.

Dengan pengumuman ini, Mark Zuckerberg kembali bekerjasama dengan pengasas Anduril, Palmey Luckey yang juga pengasas Oculus yang diambil alih oleh Meta pada tahun 2014. Rekaan EagleEye masih belum didedahkan tetapi Luckey sebelum ini pernah dipetik mengatakan ia adalah peranti yang memberikan askar infantri Amerika Syarikat deria seakan adiwira di medan perang.

Pelbagai maklumat akan dipaparkan menggunakan teknologi AR pada skrin terbina, memberikan pandangan waktu malam tanpa perlu menggunakan NOD dan juga boleh meningkatkan deria pendengaran. Ia mirip set kepala daripada permainan video Tom Clancy Ghost Recon Advanced Warfighter yang realisasikan.