Meta Dijangka Memperkenalkan Threads Versi Web Pada Minggu Ini

TechnologyDigital
21 Aug 2023 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta, syarikat disebalik Facebook, Instagram dan WhatsApp, kini dijangka akan memperkenalkan versi web untuk perkhidmatan sosial baharu mereka, Threads – seawal minggu ini.

Versi web merupakan salah satu ciri yang diinginkan dan diminta ramai sejak perkhidmatan Threads diperkenalkan. Ia akan memudahkan lagi proses pengurusan, disamping perkongsian dan penerbitan melalui Threads.

image is not available

Sehingga kini, Threads versi web sekadar membolehkan pengguna melihat sesuatu perkongsian tersebut, atau melihat profil pengguna. Ia tidak membenarkan pengguna berkongsi sesuatu, atau melihat papan pemuka atau halaman utama yang menghimpunkan pelbagai perkongsian.


Perkara berkenaan dijangka akan berubah seawal minggu ini. Dengan pelbagai perubahan pada X yang tidak disukai – termasuk terbaru adalah perubahan pada TweetDeck, Meta dilihat ingin bergerak pantas dalam melengkapkan Threads dan menyaingi X dengan lebih baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved