Meta Dijangka Menguji Pengiklanan Di Threads Seawal Bulan Ini

TechnologyDigital
1 Jan 2025 • 6:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads merupakan laman sosial dibawah Meta yang diintegrasikan bersama Instagram. Sejak pengenalannya, angka pengguna platform berkenaan meningkat secara mendadak, dan kini mempunyai lebih 100 juta pengguna setiap hari, disamping 300 juta pengguna aktif bulanan.

Dengan perkembangan sihat ini, Meta melangkah ke fasa seterusnya dalam mula menjana pendapatan melalui platform sosial berkenaan. Mengikut beberapa laporan sebelum ini, Meta dijangka memperkenalkan sokongan pengiklanan di Threads secara terhad bermula bulan Januari 2025 ini.

Ujian ini mungkin melibatkan sejumlah kecil pengguna dan juga pengiklan – dalam usaha mendapatkan maklumbalas terlebih dahulu sebelum memperkenalkan pengiklanan secara menyeluruh pada platform berkenaan. Berkemungkinan besar, ujian ini juga melibatkan beberapa negara sahaja buat peringkat permulaan ini.