Meta AI Kini Mempunyai Hampir 600 Juta Pengguna Aktif – Masih Belum Dilancarkan Di Malaysia

TechnologyDigital
7 Dec 2024 • 6:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mark Zuckerberg kini berkongsi menyatakan perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan mereka, iaitu Meta AI mempunyai hampir 600 juta pengguna aktif setiap bulan. Angka ini memperlihatkan peningkatan drastik sejak bulan lepas, dan Mark Zuckerberg sendiri menyasarkan untuk menjadi penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan terkemuka dunia menjelang penghujung 2024 ini.

Meta AI merupakan perkhidmatan kecerdasan buatan berasaskan chatbot yang diintegrasikan terus pada perkhidmatan dibawah Meta, termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. Melaluinya, pengguna boleh berinteraksi dengan Meta AI dalam bertanyakan sejumlah perkara, menjana gambar, dan menguruskan sejumlah perkara dengan lebih produktif.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pengguna dibeberapa buah negara sahaja, dan telah diumumkan akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi di Malaysia, dan melihat sendiri bagaimanakah Meta AI jikalau dibandingkan dengan ChatGPT dan juga Google Gemini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved