Meta Dijangka Perlihatkan Kaca Mata Pintar Realiti-Terimbuh Pada Tahun Ini

TechnologyDigital
28 Feb 2024 • 12:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sementara Apple baru sahaja memperkenalkan Apple Vision Pro untuk mengakses kandungan realiti-terimbuh, kini nampaknya Meta melangkah setapak lagi kehadapan. Mengikut laporan terbaru, Mark Zuckerberg dijangka mempertontonkan kaca mata pintar dengan sokongan realiti-terimbuh pada tahun ini.

Kaca mata pintar ini dikenali dengan nama “Orion” secara dalaman, dimana ia membolehkan pengguna memakainya dan menikmati kandungan realiti-terimbuh dengan mudah. Meta dijangka perlihatkan kaca mata pintar berkenaan pada acara memfokuskan pembangun oleh Meta, kelak pada tahun ini.

image is not available

Ia dikatakan mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum kaca mata berkenaan dipasarkan kepada umum. Seperti ramai sedia maklum, sejumlah cabaran perlu diselesaikan sebelum ia dipasarkan secara meluas – termasuk dari segi masa ketahanan bateri, penawaran kandungan dan aplikasi, serta lain-lain.

Namun, penawaran kandungan realiti-terimbuh dalam bentuk kaca mata pintar dijangka memberikan lebih keselesaan kepada pengguna berbanding perlu menggunakan set kepala – yang menimbulkan ketidakselesaan selepas menggunakan untuk seketika.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Meta melalui kaca mata pintar mereka kelak.