Meta Dilaporkan Ingin Guna Teknologi Google Gemini Dalam Penyasaran Pengiklanan

TechnologyBusiness & Finance
26 Sep 2025 • 6:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta sebelum ini telah diperkatakan sedang melihat kepada penggunaan model pihak ketiga dalam perniagaan mereka, selepas menghadapi cabaran dalam pembangunan model Llama mereka tersendiri. Lanjutan daripadanya, kini hadir laporan mengatakan Meta telah mengadakan perbincangan dalam keterbukaan penggunaan teknologi Google Gemini untuk perniagaan pengiklanan.

Ia dikatakan penggunaan model Google Gemini boleh diintegrasikan bersama, sekaligus menambah-baik kebolehan penyasaran iklan. Untuk makluman, Meta dan Google sedia bersaing dalam arena pengiklanan, dan integrasi kecerdasan buatan dilihat akan menawarkan pulangan lebih baik bukan sahaja kepada pengiklan, tetapi juga untuk platform berkenaan sendiri.

Perbincangan ini juga turut memperlihatkan Meta mengalami had dan cabaran dalam pembangunan model mereka tersendiri, sekaligus kini terbuka untuk penggunaan model pihak lain.

Sejak beberapa bulan kebelakangan, Mark Zuckerberg turut telah mula memberikan perhatian kepada arena kecerdasan buatan, termasuk mendapatkan pelbagai bakat dan kepakaran untuk menyertai Meta AI, walaupun terpaksa membayar ratusan juta untuk mereka.

Disamping pada pengiklanan, Meta turut menawarkan Meta AI untuk pengguna, selain turut mengintegrasikan kecerdasan buatan pada kaca mata pintar yang dipasarkan mereka. Meta AI masih tidak ditawarkan untuk pengguna tempatan buat masa ini.