Meta Dilaporkan Membangunkan CEO AI Dengan Avatar Realistik Mark Zuckerberg

TechnologyDigital
14 Apr 2026 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiga minggu lalu kami laporkan Mark Zuckerberg sedang membangunkan ejen AI bagi membantu tugas beliau sebagai seorang CEO d Meta. Dengan “ejen CEO” ini, Zuckerberg berharap beliau boleh melakukan tugas secara lebih efisien dan membantu beliau mendapatkan maklumat dengan lebih cepat, tanpa perlu melalui banyak lapisan pengurusan.

image is not available
Teknologi Meta Codec Avatars 2.0

Pagi ini Financial Times melaporkan ejen CEO ini turut akan mempunyai avatar foto realistik Mark Zuckerberg bagi membolehkan ia berinteraksi dengan kakitangan Meta seperti Zuckerberg sebenar. Avatar realistik sudah diperlihatkan oleh Meta sejak 2022 menerusi teknologi Meta Codec Avatars 2.0 dengan ia dibangunkan untuk pengguna metamesta Horizon Worlds berinteraksi antara satu sama lain.

Ia juga dilatih menggunakan gaya pertuturan, nada suara, dan pandangan strategik Zuckerberg. Zuckerberg sendiri memberikan input semasa sesi latihan dan ujian ejen AI ini. Projek ini bertujuan mewujudkan hubungan yang lebih rapat antara pekerja dan pucuk pimpinan Meta walaupun interaksi berlaku melalui avatar digital. Selain itu projek lain turut dibangunkan untuk membantu Zuckerberg secara peribadi.

Meta pernah menawarkan pembantu maya AI dengan wajah selebriti seperti MrBeast, Snoop Dogg, Israel Adesanya, Paris Hilton dan Kendall Jenner pada tahun 2023. Ciri ini kemudiannya ditamatkan pada tahun 2024 selepas hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Teknologi avatar realistik sebagai pengganti diri bukanlah baharu untuk Meta cuma kini digunakan secara eksklusif of Zuckerberg secara dalaman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved