Meta, syarikat disebalik pelbagai perkhidmatan platforms media sosial dan permesejan seperti Facebook, Messenger, Instagram dan WhatsApp baru-baru ini telah disaman oleh kerajaan Ireland kerana gagal untuk menyulitkan kata laluan beratus-ratus pengguna platform-platform mereka.
Perkara ini nampaknya telah berlaku pada tahun 2019, yang mana pihak Meta telahpun melaporkan mengenainya kepada badan Digital Protection Commission negara tersebut. Perkara ini disiasat oleh pihak DPC dan ia didapati bahawa perkara ini memberi kesan kepada beratus juta pengguna Facebook Lite, berpuluh ribu Facebook dan beberapa juta pengguna Instagram.

Perkara ini dilihat sangat serius, dan isu terbesar ialah Meta tidak memberitahu pihak DPC tentang isu ini secepat yang mungkin, dan banyak butiran mengenai isu ini masih tidak diketahui. DPC juga menyaman Meta kerana ia juga didapati bahawa Meta gagal untuk menggunakan teknologi penyulitan kata laluan yang sesuai untuk memastikan bahawa akaun pengguna tidak digodam.
Perkara ini dilihat melanggar beberapa akta DPC dan juga GDPR (General Data Protection Regulation) di Eropah dimana syarikat-syarikat sepatutnya menyimpan data pengguna secara sulit dan tidak terbuka seperti apa yang dilakukan oleh Meta.
Pihak DPC mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan kenyataan penuh berkaitan saman syarikat ini tidak lama lagi.



