Passkey Anda Kini Boleh Digunakan Secara Rentas-Platform

TechnologyDigital
20 Sep 2024 • 11:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Passkey adalah kaedah log masuk generasi baharu yang tidak memerlukan kata laluan kerana pengesahan adalah dengan biometri. Penggunaan Passkey juga melepasi piawaian sekuriti global dan digunakan oleh banyak syarikat seperti Apple, Google, Microsoft dan ramai lagi. Untuk pengguna Google, masalah Passkey adalah ia terhad kepada peranti Android sahaja dengan cara lain adalah melalui imbasan koq QR. Kini, Google Password Manager mengumumkan sokongan rentas-platform.

image is not available

Google Password Manager kini boleh diakses bukan sahaja pada Android, tetapi juga pada Windows, macOS dan Linux. Akan datang sokongan ChromeOS dan iOS pula akan diperkenalkan. Setiap Passkey anda kini apabila disimpan dalam satu peranti akan terus diselarikan kepada semua platform, memberi akses mudah dan pantas apabila ingin log masuk ke sesuatu laman web.

image is not available

Google turut mengumumkan PIN, sebagai lapisan sekuriti tambahan untuk anda mengakses Passkey pada peranti lain. Ia hanya untuk benar-benar mengesahkan identiti anda agar Passkey tersimpan tidak diakses oleh orang yang mudah menyahkunci peranti-peranti anda. Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu layari laman Google Password Manager.