Meta Gen 3D Menjana Objek 3D Dalam Masa Kurang Seminit

TechnologyDigital
3 Jul 2024 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kecerdasan buatan (AI) generatif boleh menjana imej, video, lagu, kod, dan permainan video berdasarkan prom yang diberikan oleh pengguna. Hari ini Meta mengumumkan pula AI generatif Meta Gen 3D yang boleh menjana objek dalam masa kurang seminit. Ini menjadikannya penjana objek 3D yang sehingga sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding penjana objek 3D lain yang wujud sekarang.

Ia bukan sahaja menjadi objek 3D dengan tekstur beresolusi tinggi tetapi juga boleh menghasilkan tekstur untuk objek 3D yang dihasilkan sendiri oleh artis dengan hanya memasukkan prom. Pelbagai tekstur berbeza boleh dihasilkan untuk objek 3D yang sama.

image is not available

Meta Gen 3D menggabungkan model Meta 3D AssetGen yang menghasilkan poligon untuk objek 3D dan model Meta 3D TextureGen yang menjana pula tekstur untuk objek. Meta melihat Meta Gen 3D boleh digunakan bagi menghasilkan aset untuk permainan video dan juga industri seni bina bagi menghasilkan model 3D dengan lebih pantas.

image is not available