Snap Memperlihatkan Teknologi AI Generatif Untuk Realiti Terimbuh

TechnologyDigital
19 Jun 2024 • 4:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snap iaitu syarikat yang mengendalikan aplikasi media sosial Snapchat turut fokus dalam penggunaan kecerdasan buatan generatif, contohnya My AI. Kita juga tahu yang Snapchat amat menggemari konsep realiti terimbuh atau AR kerana membenarkan pengguna mereka menambah elemen grafik 2D atau 3D sama ada statik atau bergerak melalui lensa Snapchat. Terbaru, lensa Snapchat turut akan menyokong ciri kecerdasan buatan generatif.

image is not available

Model bahasa raya yang Snap gunakan adalah sangat kecil dan ia boleh diproses dari dalam peranti dan turut boleh render semula imej secara masa nyata. Kaedah penggunaan juga mudah iaitu melalui prom teks sahaja. Ciri baharu ini akan tiba pada Lenses seawal-awalnya hujung tahun ini. Ciri baharu ini membenarkan pengguna menjana penuras khas yang diperibadikan, topeng, kesan visual menarik realistik dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Snap turut menawarkan Lens Studio 5.0 untuk pembangun membangunkan pelbagai ciri AR berasaskan AI.