Semalam Anthropic didapati tidak bersalah melanggar hak cipta karya beberapa penulis untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka. Hakim bersetuju penggunaan karya yang mempunyai hak cipta untuk melatih AI jatuh ke dalam kategori penggunaan wajar (fair use) mengikut undang-undang sedia ada. Pagi ini Meta turut didapati tidak bersalah kerana sekali lagi hakim mengatakan ia adalah penggunaan wajar.

Meta disaman oleh 13 orang penulis dengan salah seorangnya ialah pelakon Sarah Silverman. Walaupun didapati tidak bersalah melanggar hak cipta penulis, hakim Vince Chhabria berkata keputusan beliau adalah disebabkan plaintif gagal membuktikan kes dengan baik. Sebagai contoh mereka gagal membuktikan Llama yang dilatih menggunakan karya penulis boleh menyebabkan gangguan pasaran kerana AI boleh menghasilkan karyanya sendiri.
Kejayaan Meta dan Athropic mengesampingkan saman melibatkan hak cip penulis akan mendatangkan impak yang besar. Walaupun tidak bersalah melatih AI menggunakan karya dengan hak cipta tanpa kebenaran, kedua-dua syarikat kini berhadapan kes memuat turun karya-karya ini menggunakan Torrrent yang jelas melanggar undang-undang Amerika Syarikat. Seperti dilaporkan Februari lalu, Meta memuat turun sekurang-kurangnya 81.7 TB karya yang dicetak rompak menerusi pustaka cetak rompak Library Genesis (LibGen).

