Pemegang MyLesen B2 'Rempit' Bakal Kehilangan Lesen?

LocalPolitics
24 Jun 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang meneliti kemungkinan untuk membatalkan lesen motosikal yang diperoleh melalui Program MyLesen B2 sekiranya pemegang lesen didapati melanggar peraturan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menjelaskan bahawa kerajaan telah memperuntukkan dana besar bagi membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu Kelas B2. Namun, penerima lesen ini diwajibkan mematuhi segala peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

image is not available

Menurut beliau, pihak JPJ telah mengarahkan Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu untuk mengkaji isu ini dengan teliti sebelum sebarang tindakan diambil. Datuk Aedy menegaskan bahawa senarai penerima lesen MyLesen B2 direkodkan dalam sistem khas, membuktikan mereka berjaya melalui program subsidi kerajaan.

“Kita mengharapkan penunggang terutamanya anak-anak muda patuh akan peraturan jalan raya, namun kita akan mengambil tindakan sewajarnya kepada penerima bersubsidi ini sekiranya mereka melanggar peraturan,” ujarnya.

image is not available

Beliau turut menegaskan bahawa JPJ tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan jalan raya, khususnya golongan muda yang terlibat dalam aktiviti merempit.

Sumber: Kosmo