Meta Kini Hadir Dengan Pelan “Business Max” Yang Membolehkan Perkongsian 6 Reel Dengan Pautan Setiap Bulan – RM869 Sebulan

TechnologyBusiness & Finance
26 Nov 2025 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Meta sedia menawarkan pelan Meta Verified, yang memberikan tanda calit biru pada akaun, serta beberapa ciri tambahan melaluinya. Terbaru, Meta dilihat mengemaskini penawaran Meta Verified, dan menyediakan beberapa pelan berbeza dibawahnya.

Sebanyak empat pelan berbayar baharu ditawarkan dibawah Meta Verified, yang selain menawarkan calit biru, ia turut menawarkan beberapa ciri tambahan, iaitu:

Meta Standard

  • RM41.99 sebulan
  • Perlindungan penyamaran, Sokongan yang dipertingkatkan

Meta Plus

  • RM86.90 sebulan
  • Sokongan perkongsian 2 Reels dengan pautan setiap bulan

Meta Premium

  • RM259 sebulan
  • Sokongan perkongsian 4 Reels dengan pautan setiap bulan

Meta Max

  • RM869.90 sebulan
  • Sokongan perkongsian 6 Reels dengan pautan setiap bulan
image is not available

Ciri ini telah mula ditawarkan kepada pengguna Meta Business di Malaysia, dan dijangka turut diperluaskan kepada pengguna individu tidak lama lagi. Jadi, bagi anda, adakah anda akan membayar untuk menerima akses menambah pautan pada Reels?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved