ChatGPT Perkenal Ciri Sembang Berkumpulan Untuk Semua Pengguna Seluruh Dunia

TechnologyDigital
23 Nov 2025 • 8:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas melakukan ujian ringkas untuk penggunaan sembang berkumpulan atau “Group Chat” beberapa hari yang lepas, kini OpenAI telah mula memperkenalkan sokongan sembang berkumpulan melalui ChatGPT untuk semua pengguna pelan berbayar seluruh dunia.

image is not available

Dengan langkah ini, sesiapa yang mempunyai akaun berbayar ChatGPT boleh memulakan sokongan sembang berkumpulan. Seterusnya sebuah pautan khas akan dijana, membolehkan rakan-rakan lain menyertai dan berbual.

ChatGPT akan beroperasi secara pintar, dan hanya memberikan respon apabila diseru atau diperlukan. Ini membolehkan anda bersembang dengan rakan lain dalam membincangkan atau merancang sesuatu perkara. Ini sekaligus akan membantu dan mempercepatkan sesuatu perbincangan, dan turut dibantu bersama kecerdasan buatan janaan.

Bagi anda yang berminat, boleh ke ChatGPT, dan memilih mulakan “Group Chat” melalui ikon pada penjuru atas kanan laman berkenaan.