Meta Melesenkan Kandungan Berita Reuters Untuk Menawarkan Jawapan Masa-Nyata Melalui Meta AI

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 7:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta, syarikat disebalik aplikasi Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger sedia memfokuskan kepada chatbot dikuasakan kecerdasan buatan mereka, Meta AI. Ia telah diperkenalkan di beberapa buah negara, dan akan menyusul untuk pengguna Malaysia tidak lama lagi.

Terbaru, Meta dilaporkan telah memeterai perjanjian dengan pihak Reuters, dalam menggunakan kandungan mereka untuk menawarkan maklumat dan jawapan masa-nyata melalui Meta AI.

image is not available

Ini boleh dikatakan buat pertama kali Meta mengambil langkah ini, selepas tidak begitu memberikan perhatian untuk berita pada platform mereka – terutamanya apabila terdapat perundangan yang meminta Meta membayar penerbit berita.

Buat masa ini, ciri integrasi masa-nyata untuk berita Reuters ini dijangka diuji terlebih dahulu di Amerika Syarikat, dimana pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara berkaitan berita dan isu semasa yang berlaku.