Aplikasi Perplexity Untuk macOS Kini Boleh Dimuat-Turun

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 6:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perplexity, salah satu penyedia perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan janaan, dan sering memasarkan perkhidmatan sebagai enjin carian dikuasakan AI, kini telah mula menawarkan aplikasi natif mereka untuk pengguna macOS.

image is not available

Dengan langkah ini, para pengguna macOS boleh mengakses perkhidmatan Perplexity dengan pantas, tanpa perlu membuka pelayar web, dan hanya perlu menekan kekunci pintas “⌘ + ⇧ + P”. Ia seterusnya akan membuka tetingkap khusus untuk anda bertanya soalan dan memaparkan balasan serta-merta melaluinya.

Bagi anda yang menggunakan macOS, boleh memuat-turun Perplexity hari ini, dan menggunakannya dalam meningkatkan lagi kadar produktiviti anda.