Meta Membincangkan Idea Untuk Bangunkan Alternatif Untuk Twitter

TechnologyDigital
7 Dec 2022 • 10:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Mastodon

Meta, syarikat disebalik Facebook, Instagram dan WhatsApp, kini dilihat mempertimbangkan untuk membangunkan alternatif dan pengganti untuk Twitter.

Melalui perbincangan yang dilakukan secara dalaman, beberapa idea dikeutarakan, termasuk membangunkan sebuah ciri baharu bernama Instagram Notes yang membolehkan pengguna berkongsi mesej ringkas kepada pengikut mereka.

Disamping itu, idea membangunkan sebuah aplikasi memfokuskan teks menggunakan teknologi Instagram turut diketengahkan – termasuk menamakan sebuah bahagian khusus pada Instagram, dinamakan Realtime, Real Reels atau Instant.

Idea-idea ini dibincangkan secara dalaman, memandangkan Twitter dilihat menghadapi krisis dibawah Elon Musk, dan ramai melihat kepada alternatif seperti Mastodon dan juga Tumblr.

image is not available

Beberapa idea startup baru sahaja hadir kebelakangan ini, dalam menarik pengguna-pengguna yang ingin meninggalkan platform Twitter.

Buat masa ini, Meta dilihat sekadar membincangkan idea pada peringkat dalaman, dan tidak diketahui sama ada akan memperkenalkan ia secara rasminya atau tidak.