Meta Memperkenalkan Ciri Penghasilan “Sticker” Berasaskan AI

TechnologyDigital
28 Sep 2023 • 6:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disamping pengenalan Meta AI secara rasminya hari ini, pihak Meta turut mengumumkan sebuah lagi ciri baharu dinamakan sebagai AI Stickers. Seperti pada namanya, ia membolehkan pengguna menjana “Sticker” pada WhatsApp, Instagram, Messenger dan Facebook Stories dengan arahan input berasaskan teks sahaja.

image is not available

Dengan langkah ini, ia membolehkan perbualan anda menjadi lebih menarik dengan menggunakan “sticker-sticker” yang unik. Penggunaan AI juga dijangka membolehkan anda mengekspresi sesuatu perkara dengan lebih baik berbanding menggunakan “sticker” sedia ada sahaja.

Meta menyatakan ciri baharu ini akan mula diperkenalkan secara berperingkat bermula bulan hadapan, dengan sokongan untuk bahasa Inggeris terlebih dahulu.