Meta Mengembalikan Semula Hantaran Perdana Menteri Yang Dipadam Disebabkan Oleh Kesilapan Operasi

TechnologyDigital
6 Aug 2024 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak Meta telah mengembalikan semula hantaran yang dimuat naik oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang menurut mereka adalah disebabkan oleh “kesilapan operasi”. Hantaran berbentuk ucapan takziah kepada keluarga Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dipadam daripada Facebook kerana dilabel mengandungi kandungan “organisasi berbahaya”.

image is not available

Meta turut memohon maaf kepada Perdana Menteri disebabkan kesilapan yang berlaku menurut laporan Reuters. Ketua-ketua negara sepatutnya diberikan kelonggaran untuk melakukan hantaran yang melanggar terma laman kerana ia penting untuk kesedaran awam. Kedua-dua hantaran yang dipadam tempoh hari kini mempunyai label “untuk kesedaran awam” yang tidak dipaparkan sebelum ini.

Ini adalah kelonggaran yang membenarkan Presiden Trump melanggar pelbagai terma laman. Trump kemudiannya digantung lebih tiga tahun selepas tidak lagi memegang jawatan ketua negara Amerika Syarikat.