Meta Sedang Bangunkan Kaca Mata Pintar Baharu Tanpa Kamera

TechnologyDigital
16 Sep 2026 • 9:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta pada hari ini sedia menerajui arena kaca mata pintar, dan mempunyai beberapa penawaran model berbeza. Kaca mata pintar yang ditawarkan hadir dengan sokongan kamera terbina, membolehkan pengguna menggunakannya dalam merakamkan gambar dan juga video.

Image from: Meta Sedang Bangunkan Kaca Mata Pintar Baharu Tanpa Kamera

Namun, dengan pelbagai persoalan berkenaan privasi, kini Meta dilaporkan turut sedang pertimbangkan kaca mata pintar baharu yang hadir tanpa kamera. Kaca mata pintar ini akan menyertakan sehingga 6 mikrofon dan speaker, memudahkan untuk pengguna berinteraksi bersama Meta AI dan mendapatkan maklumbalas dengan mudah. Tanpa kamera, ia akan menjadikan sukar untuk merakamkan gambar atau video, atau turut menggunakan kecerdasan buatan dalam mengenal-pasti persekitaran.

Tetapi, ia akan menyelesaikan masalah berkaitan privasi, dan had lokasi yang dikenakan terhadap kaca mata pintar bersama kamera.

Meta dikatakan akan memperkenalkan kaca mata pintar baharu ini pada penghujung September ini melalui acara Meta Connect.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved