WhatsApp Menguji Ciri Side Chat – Pengguna Boleh Bertanya Pada Meta AI Secara Peribadi

TechnologyDigital
29 Jun 2026 • 1:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp Menguji Ciri Side Chat – Pengguna Boleh Bertanya Pada Meta AI Secara Peribadi

WhatsApp sedang menguji ciri Side Chat iaitu cara baharu untuk mendapatkan bantuan Meta AI secara peribadi dalam konteks perbualan tanpa menjejaskan privasi. Oleh itu, pengguna boleh bertanya kepada Meta AI secara peribadi melalui panel berasingan.

Perbezaannya dengan Incognito Chat sebelum ini ialah Incognito Chat membolehkan perbualan hilang selepas ditutup namun tidak dapat mengakses konteks chat. Sebaliknya, Side Chat pula boleh menggunakan konteks daripada chat utama untuk memberikan bantuan sambil masih mengekalkan tahap privasi yang sama.

Image from: WhatsApp Menguji Ciri Side Chat – Pengguna Boleh Bertanya Pada Meta AI Secara Peribadi

Selain itu, ciri ini berfungsi melalui sokongan Private Processing iaitu sistem keselamatan yang membolehkan fungsi AI dijalankan tanpa mendedahkan mesej kepada Meta atau pihak lain. Malah, Meta turut mendakwa dalam kenyataannya di laman WABetaInfo bahawa sistem ini memenuhi piawaian keselamatan yang kukuh hasil pengesahan beberapa firma keselamatan siber antarabangsa terlibat.

WhatsApp

Penggunaannya juga mudah kerana dalam perbualan terdapat pilihan Ask Privately, kemudian panel Side Chat akan dibuka dengan antaramuka gelap seakan Incognito Chat. Selain itu, kegunaannya termasuk membuat ringkasan mesej terkini dalam teks, memberi bantuan menulis mesej baharu serta memberikan penjelasan tentang mesej yang tidak difahami.

Side Chat turut menyokong carian web yang selamat tanpa mengaitkan pertanyaan dengan akaun pengguna. Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia kepada sebilangan kecil pengguna dan akan diperluaskan kepada lebih banyak akaun dalam minggu akan datang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved